Gaya dan tema Hantu_Kak_Limah_3

Raja Yusoff Ariffin, menulis untuk Utusan Malaysia, menyatakan bahawa filem ini sarat dengan unsur Melayu klasik dan mempunyai beberapa siratan walaupun pengulangan, tetapi masih relevan, dan perlu dipaparkan.[5]

Menurut pakar psikologi perubatan Dr. Siti Nurbaya Shahrir, beliau meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Rab Khalid yang berulang kali merokok dalam filem ini. Beliau mendapati, terdapat lebih daripada 6 adegan di dalam filem ini yang mempunyai adegan merokok. Dr. Siti Nurbaya berkata, ini amat membimbangkan kerana terdapat bukti saintifik bahawa remaja dan kanak-kanak yang pernah menonton adegan merokok dalam sesebuah filem adalah lebih cenderung untuk keinginan untuk merokok.[21]